Dah lama rasanya tak update blog terchenta ni...Almaklumlah semester ni sibuk sikit.Masa terlau cepat berlalu.Salah satu tanda kiamat semakin hampir.Semester 3 sudah sampai ke penghujungnya.Ada manis ada pahit.Adat sebuah kehidupan yang mempunyai pelbagai warna juga rencah rasa.Mana mungkin hidup ini cuma warna putih je.Lebih baik pelangi mewarnai dan mencorakkannya.Semoga hari yang berlalu memberi manfaat kepada kita.Pelbagai cerita nak dicoretkan, cuma waktu tidak kesampaian. Sudah ber'usang' blog ini.Pelbagai ilmu dipelajari sem 3 ni.Macam-macam..bermula dari maklumat sebesar zarah hingga ilmu yang boleh diibaratkan seperti lautan yang tiada penghujungnya. Malam ini, 18-12-2013, akan join satu talk yang berkisar tentang COMANGO.Seriously, this is first time i heard that name.Oh my gosh...my nerve will burn when i read it. So I like to share it.
Apa itu COMANGO??
Macam nama buah mangga je..Tapi bukan yang tu..COMANGO ni ialah;
COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Gabungan ini disertai oleh 54 NGO Malaysia. Menurut kenyataan Isma, hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Kajian ini dilakukan setiap 4 tahun oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta prestasi isu-isu yang melibatkan hak asasi manusia sejak tahun 2009 terhadap 193 buah negara-negara PBB termasuk Malaysia. Ia disebut sebagai Proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia.
Kenapa pulak kita nak 'havoc'kan tentang COMANGO ni??Sila baca dan berfikir.....:-)
COMANGO membuat beberapa tuntutan dan desakan yang menimbulkan kontroversi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan tersebut. Berikut ialah tuntutan-tuntutan tersebut;[3]
- Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.
- Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.
- Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
Ini menyebabkan kita kena ambil kisah....
Tuntutan COMANGO ini ditentang hebat oleh NGO-NGO Islam terutamanya Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro). Mereka mengatakan bahawa perbuatan ini tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama perseketuan Malaysia. Antara NGO lain yang turut menentang hebat ini adalah ISMA. Tuntutan tersebut telah menimbulkan bangkangan di Parlimen Malaysia oleh DPPM, antaranya adalah:-
- COMANGO tidak menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
- COMANGO telah meletakkan Malaysia termasuk institusi agama Islam di bawah pantauan PBB.
- COMANGO mencampuri urusan agama dan mencabar kemuliaan ummat Islam apabila mereka mendesak supaya membenarkan amalan hidup songsang seperti LGBT.
Itu je yang dapat aku share dengan korang...Mungkin malam ni akan ada pertambahan input yang lebih banyak. Aku harap kita lebih cakna akan isu semasa ini walaupun ia dah lama tapi kesan dia akan muncul 10 tahun lagi.Untuk generasi seterusnya.Adakah kita tega melihat generasi akan datang hancur??Fikirkan...
-Banyak lagi cerita nk dikongsikan tapi aku dahulukan yang ini..Yg len next time ok...:-D
Enjoy it.Sambil usha blog org sambil menambah ilmu..Sambil menyelam minum air...Jangan sampai tenggelam sudah.....Got to go..Adios..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan